Kandungan

Maklumat Tempatan

PROFIL ORGANISASI

Perutusan Pegawai Daerah

Pengenalan

Visi & Misi

Fungsi

Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
PROFIL DAERAH
Sejarah Daerah Song
Pentadbiran
1. Ahli DUN N.55
2. Ahli Parlimen
3.Pemimpin Masyarakat
4. Ketua Kaum
GALERI
Aktiviti Tahunan
Galeri
Kraftangan Song
 

Sejarah Daerah Song

Sejarah Daerah Song boleh dilihat dari sudut sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan sarawak membentuk Malaysia. Iaitu sebelum tahun 1963 dan selepas tahun 1963.

Song dan Pentadbirannya  Sebelum tahun 1963

Pekan Song awal teletak di Nanga Sungai Song (muara Song) wujud dari sebuah persingahan pedagang-pedagang melayu Abang (keturunan bangsawan sarawak) tokoh yang terkenal ialah Hj. Ahmed b. Hj. Omar dan kaum melanau yang menukar hasil hutan seperti nyatok, damar dan rotan dalam sekitar tahun 1820an dengan penduduk pribumi kaum iban yang menghuni kawasan disepanjang Batang Rejang, Batang Katibas, Sungai Song, Sungai Iran dan Sungai Lajan. Pedagang-pedagang tersebut membawa hasil bumi ini untuk di jual ke Sibau (Sibu), yang mana terdapat kapal seperti Ang Bee dari Singapura dan Kampar dari tanah semenanjung menunggu belabuh di Sibau (Sibu) untuk membawa barangan tersebut ke Singapura dan Tanah Semenanjung ketika itu. Begitu juga sebilik nya saudagar-saudagar tersebut akan membawa barangan keperluan haraian seperti garam, gula apong, ikan masin serta pingan mangkuk, barangan tembikar, gong dan juga pakaian seperti kain dan baju ke Song untuk dijadikan bahan pertukaran dengan penduduk tempatan.

Peninggalan Bersejarah:  Tapak Awal Pekan Daerah Song. Pernah menjadi Pusat Pertukaran barang dan Persinggahan Para Perdagang yang mendapatkan hasil hutan dari penduduk pribumi 
 
Senario peralihan dan kewujudan Revolusi Perindustrian di Eropah  semakin menggalakan permintaan keatas bahan mentah telah membawa kesan pada Sarawak dan juga Song yang telah bertukar wajah menjadi sebuah pekan kecil yang menjadi tumpuan pertukaran barang yang telah menarik penghijrahan kaum cina dari Canton China dan melayu membuat penempatan, dengan deretan 14 pintu kedai kayu beratap daun mulong. Sebuah penempatan kaum melayu juga wujud di kampung melayu Song. Ini telah mendorong Rajah Putih menubuhkan pusat pentadbiran nya yang pertama di pekan kecil Song dengan pegawai pertama nya Abang Depong (kacukan Iban-melanau). Pusat pentadbiran pertama ini terletak di Nanga Sungai Song yang di dirikan dalam sekitar tahun 1870an bagi menenteramkan keadaan yang huru-hara dikawasan sekitar Batang Katibas ketika itu oleh pembrontakan keatas Rajah oleh Kaum Iban Batang Katibas pada masa itu yang membantah keatas cukai pintu, yang belarutan hingga ke tahun 1900an. Pada tahun 1873 Sibu diisytiharkan sebagai sebuah Bahagian iaitu Bahagian Ketiga dan Pentadbiran Daerah Kecil Song diletakan dibawah Pentadbiran Residen Sibu, yang telah ditubuhkan oleh Rajah pada 01 Jun 1873 dan telah mempengaruhi sistem pentadbiran Sarawak hingga ke hari ini.               

Pada 24 Disember 1941 Sarawak telah ditaluki oleh Jepun dan Pentadbiran Song telah di kuasai oleh pemerintahan Jepun selama 4 tahun. Pada September 1945, Sarawak telah bebas dari penaklukan Jepun, semasa usaha pembebasan nya. Pekan Song yang teletak di muara Sungai Song telah musnah terbakar oleh pengeboman oleh tentera British dan Australia ketika itu  dan telah memusnahkan pejabat pentadbiran Song. Pegawai ketika itu Abang Tunku Hj. Wan Mat telah memindahkan Pentadbiran Song ke Nanga Katibas (muara Katibas). Dan kolonial British telah mendirikan Kubu Song di Nanga Katibas pada tahun 1947 telah siap pada tahun 1948 Pejabat Pentadbiran Song telah dipindahkan ke Kubu Song Nanga Katibas. 

Bekas Bangunan Pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Song 1947-1973

Pada 01 Januari 1955 Sistem Perabangan telah di gantikan dengan rasmi nya dengan tertubuhnya Sarawak Native Affairs Departmen berikutan penyerahan Sarawak di bawah pentadbiran kolonial Inggeris oleh  Charles Vyner Brooke pada 01 Julai 1946. Pentadbiran Daerah Kecil Song mendapat Native Officer pertama iaitu N.O. Michael Sardin pada tahun 1947, N.O. Edward Langgi tahun 1950, N.O. Vincent Soyong tahun 1958 dan N.O. Michael Pilo tahun 1960. 

Daerah Kecil Song Selepas tahun 1963

Pada ketika Sarawak berusaha untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1963, Pejabat Daerah Kecil Song telah menjadi bilik operasi penting di era konfrantasi dan menangani pencerobohan pemberontakan askar Indonesia dari Kalimatan Utara yang menyusup masuk Sempadan turun dari Bukit Mubau ke Sungai Ayat, Bangkit, Katibas. Setelah tamat konfrantasi Indonesia-Malaysia, Sarawak telah merdeka pada 16 September 1963 bersama Sabah, Singapura dan Semananjung Tanah Melayu membentuk Malaysia, dan pada tahun 1964 Sarawak Administrative Officer pertama Pentadbiran Daerah Song  SAO William Linang selepas itu SAO Neilly Tanggai tahun 1969

Kesimpulan

Pekan Song hari ini telah berkembang pesat dan masih mengekalkan fungsi nya sebagai pekan persinggahan. Pembangunan Daerah Song telah menyebabkan fungsi pejabat bertambah, bukan sahaja sebagai Pusat Pentadbiran tetapi juga sebagai penjana pembangunan Daerah Song dengan  menjadi pemantau dan pelaksana projek kerajaan pada peringkat daerah.

Sumber
 
  1. Sistem Data Pejabat Residen Bahagian Kapit.
  1. Sistem Data Pejabat Daerah Song.
  1. Sistem Data Pejabat Penerangan Song.
  1. Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit.
  1. Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak.
  1. http://ms.wikipedia.org/wiki/   (Sejarah Sarawak)
  1. The Encyclopaedia Of Iban Studies ( maklumat penempatan awal kaum pribumi di Sungai Katibas)
  1. Sumber Lisan .
    • Penghulu Ajang Ak Siba. (maklumat tentang sejarah Song dan Peristiwa Penceroboh Askar Indonesia di Rantau Panjai, Ayat, Bangkit, Song).
    • Penghulu Kasiri Bin Jali@Kasiri Bin Razali. (maklumat tentang sejarah kewujudan Daerah  Song dan Pejabat Pentadbiaran Daerah  Song).
    • Penghulu Lim Su Khiaw. (maklumat tentang sejarah kewujudan Daerah  Song dan Kedatangan Masyarakat Cina ke Daerah  Song).

Link-link