Kandungan

Maklumat Tempatan

PROFIL ORGANISASI

Perutusan Pegawai Daerah

Pengenalan

Visi & Misi

Fungsi

Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
PROFIL DAERAH
Sejarah Daerah Song
Pentadbiran
1. Ahli DUN N.55
2. Ahli Parlimen
3.Pemimpin Masyarakat
4. Ketua Kaum
GALERI
Aktiviti Tahunan
Galeri
Kraftangan Song
 

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap, amanah, adil dan mesra pada setiap masa.

Sentiasa bersedia membantu dan memberi khidmat-nasihat kepada anda apabila   perkhidmatan kami diperlukan.

Semua permohonan pendaftaran Probet akan disiapkan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.

Semua Surat Pesanan Pembelian Tempatan (LPO) dan Pesanan Perkhidmatan ( Service Order) akan dikeluarkan dengan serta-merta kepada pembekal.

Proses Permohonan Lesen Senjata Api akan dilakukan dengan segera dan Lesen Senjata Api akan dikeluarkan sebaik sahaja permohonan diluluskan. Permit pengeluaran peluru dapat diproses dengan serta-merta.

Penyediaan Baucar Pembayaran akan dilakukan sebaik sahaja bil-bil diterima.

Pungutan Hasil daripada orang awam akan dilakukan dengan serta -merta.

Pembaharuan Lesen Perdagangan akan dilakukan dengan serta -merta.

Semua permohonan Anak Angkat akan disiapkan dalam tempoh satu (1) minggu dengan syarat, semua pihak yang terlibat hadir dan membawa dokumen-dokumen yang lengkap.

Borang SPA dan JPA dan lain-lain borang akan diberi kepada pemohon -pemohon dengan serta -merta tertakluk kepada adanya borang-borang tersebut dalam pejabat.

Kami menjamin Penghantaran Surat Jabatan , Pekeliling dan Jemputan bagi edaran dalam kawasan perbandaran boleh disempurnakan dalam masa Tiga (3) Hari daripada tarikh dokumen berkenaan disiapkan.

Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan , Permohonan Lesen-Lesen Perdagangan, Pendaftaran dokumen perjanjian sewa-beli dan ‘DEED’ akan disiapkan dalam tempoh satu (1) minggu daripada tarikh penerimaan dokumen berkenaan.

Pembayaran Baucar, Cek dan pengeluaran Resit T.69 akan dilakukan dengan serta -merta.

Proses membuat, menandatangani den mengesahkan Surat Sumpah dan Surat Akuan boleh dilaksanakan dengan serta-merta tertakluk kepada adanya Majistret dalam Pejabat pada waktu itu.

Pengurusan Pelaksanaan Projek Pembangunan akan dilaksanakan dalam tahun kewangan semasa.

Pendaftaran Kes-kes Mahkamah Bumiputera akan dilakukan dengan serta -merta.

Link-link