|
|
![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
PengenalanGEOGRAFI Latar Geografi Daerah Song.Daerah Song sendiri bekeluasan 3,935.20 kilometer persegi merupakan salah satu daripada tiga komponen daerah pentadbiran yang membentuk Bahagian Kapit selain Daerah Kapit dan Daerah Belaga yang merupakan bahagian terbesar di Negeri Sarawak dengan keluasan 38,934 kilometer persegi. Dari segi geografi nya 90% kawasannya adalah dataran tanah berbukit bukau yang masih diliputi hutan premier yang ditumbuhi pokok – pokok kayu bernilai. ini menjadikan Daerah Song amat unik dan menjadi pekan tepi Sungai Rejang yang boleh menjadi perhentian semasa laluan jalan air iaitu Sibu - Song –Kapit. Daerah Song selain direntangi oleh Sungai Rejang yang merupakan sungai utama dan terpanjang di Malaysia terdapat berberapa cabang – cabang sungai utama seperti Batang Katibas (sungai utama), Sungai Song, Sungai Iran, Sungai Manap, Sungai Lajan dan Sungai Lijau. Sungai – sungai ini merupakan penghubung utama ke kebanyakan kawasan ataupun penempatan di Bahagian Kapit. Daerah Song terletak di Wilayah Tengah Negeri Sarawak dan bersempadan dengan Kalimantan di selatan, di kawasannya yang menganjur dari timur hingga ke selatan. Pusat Pentadbiran Daerah ini terletak di Pekan Song. Penduduk Bahagian Kapit berjumlah sebanyak 98,841 pada bancian tahun 2000* dan Daerah Song pula sebanyak 22,200 orang (perangkaan 2006). Terdapat pelbagai kaum di Song dan Kaum Iban merupakan kaum majoriti dan utama iaitu 80 % daripada masyarakat di sini. Kaum – kaum lain ialah kaum Orang Ulu, Cina, Melayu, Melanau dan Bidayuh.
Sumber: Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit
*Sumber dari Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak. Song Sebagai Sebuah Daerah. Song telah mejadi sebuah daerah bersama dengan pengiisytiharan Kapit sebagai sebuah bahagian pentadbiran dalam negeri Sarawak pada 2 April 1973. Pegawai Daerah Song yang pertama ialah James Jimbun Pungga. Pada 9 Julai 1977 pentadbiran Daerah Song berpindah dari Kubu Lama Song ke bangunan Pentadbiran Negeri Song yang terletak di Bukit Song, iaitu di tengah Pekan Song.
Pekan Song Sekarang Struktur pentadbiran Daerah Song sebagai sebuah daerah di dahului oleh Pejabat Daerah Song sebagai jabatan utama peringkat daerah yang mempunyai kakitangan seramai 18 orang iaitu di ketuai oleh seorang Pegawai Daerah dan dibantu oleh tiga orang SAO dan 14 orang kakitangan sokongan lain, Di samping itu pejabat daerah tersebut juga bertanggungjawap keatas Pejabat Residen Bahagian Kapit dan memainkan peranan yang penting sebagai jabatan utama peringkat daerah dalam penyelarasan dan pemantauan projek-projek pembangunan di daerah Song. Ianya juga berperanan membina semangat kerjasama yang erat di antara semua jabatan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan supaya segala dasar kerajaan, kerja dan aktiviti di peringkat daerah dapat dijalankan dengan lancar.
Pejabat Daerah Song Sekarang Pegawai Daerah Song Setelah Song diisytiharkan sebagai sebuah daerah dalam Bahagian terdapat 13 orang Pegawai Daerah yang pernah berkhidmat di Daerah Song sejak tahun 1973 hingga sekarang sepert nama dibawah:-
Sumber: Sistem Data Pejabat Daerah Song. Link-link
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2008 Pejabat Daerah Song. Hak Cipta Terpelihara | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||