Kandungan

Maklumat Tempatan

PROFIL ORGANISASI

Perutusan Pegawai Daerah

Pengenalan

Visi & Misi

Fungsi

Carta Organisasi
Piagam Pelanggan
PROFIL DAERAH
Sejarah Daerah Song
Pentadbiran
1. Ahli DUN N.55
2. Ahli Parlimen
3.Pemimpin Masyarakat
4. Ketua Kaum
GALERI
Aktiviti Tahunan
Galeri
Kraftangan Song
 

Perutusan Pegawai Daerah Song

Salam  sejahtera dan selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Song. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan berkat dan keizinan-Nya, kita telah berjaya menzahirkan sebuah Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Song. Usaha ini selaras dengan aspirasi kerajaan yang menitikberatkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pencapaian ke arah negara Malaysia yang maju menjelang tahun 2020 nanti. Dengan adanya Laman Web ini, saya percaya masyarakat terutamanya meraka yang berada di luar Bahagian Kapit dalan dapat mengetahui sedikit sebanyak berkenaan pejabat Daerah Song khususnya dan Daerah Song itu sendiri pada keseluruhannya. kewujudan Laman Web ini sudah pasti akan memberi banyak manfaat kepada pelanggan dalaman dan luaran,terutamanya sektor swasta untuk menerokai potensi pelaburan dan pembangunan di daerah ini. Akhir sekali, dengan usaha yang berterusan dan komitmen tinggi daripada pegawai serta kakitangan yang terlibat dalam menghasilkan Laman Web ini, ia akan dapat menjadi suatu wadah maklumat penting dan terkini yang dapat membantu daerah ini terus malangkah dalam semua aspek pembangunan sosial, politik dan ekonomi.

Sekian, terima kasih.

"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"

(BONIFACE INTANG ANAK APAT)
Pegawai Daerah Song
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Link-link